Wednesday, 30 May 2018

Malam impian



Setelah 4jam terlena, aku terjaga dari tidurku kerana terdengar pintu bilik di buka. Aku cuba untuk membuka mata dan melihat pada pintu bilik, namun cahaya yang terlalu terang membuatkan mata ini silau dan sukar untuk melihat dengan jelas.
Lalu, aku bersuara "Siapa itu?".
Tiada suara yang membalas pertanyaan ku.
 Cahaya itu semakin  dekat dan dekat padaku.
Kemudian hati ini berbisik "adakah dia malaikat? Adakah aku antara orang yang mendapat 1001malam  itu. Andai benar, alhamdulillah ya Allah!".
Cahaya itu menyentuh kaki ku. Llau aku bangun dan terduduk.
"Siapa kau?", aku bersuara dengan nada terkejut.
"Bangun! Masak sahur. Dah pukul 3.00 pagi", balasnya.
Aku yang blur dan mamai cuba untuk membuka mata seluasnya dan melihat tuan kepada suara itu. "Laa, adik lelaki aku rupanya. Huh, ingatkan dah dapat malam lailatulqadar. hmm", bisik hati.
Kemudian aku bangun dan bantu ibu menyiapkan sahur untul tatapan keluarga tersayang. :)



#MemoryRamadhan

Semoga Ramadhan kali ini, kita tergolong dalam insan insan yang terpilih mendapat 1001 malam yakni malam lailatul qadr'. Amin.

5 comments:

  1. semoga mendapat berkat malam lailatulqadar

    ReplyDelete
  2. nice post XD bw here^^ www.giftasblog.co.vu wanna do follow for follow? u follow me, then I'll follow u XD thanks

    ReplyDelete