Tuesday, 12 September 2017

Perginya seorang Guru




Assalamualaikum and hello guys.
Today, I got bad news from my friends. One of my teacher has passed away. Our best teacher.
Dia lah guru dan dia lah ibu. Nama beliau ialah Misda Jalalin, yes Cikgu Misda. Guru yang menjadi tulang belakang atas apa yang saya kecapi sekarang. Mendidik, mengajar, dan sebagainya sehinggalah saya berjaya sambung belajar sehingga ke menara gading. Beliau mengajar dalam mata pelajaran Chemistry selama dua tahun (Form4 and form5). Guru yang ceria, periang dan jarang sekali tidak masuk kelas serta jarang sekali sakit.
 Sebulan yang lalu, saya dapat berita tentang penyakit yang cikgu hadapi. Iaitu Kanser Serviks stage4. So, my friends and I pegi melawat cikgu. Masih terbayang wajah cikgu yang ceria menerima kunjungan kami. Kami dengan wajah yang blur, terkesima and macam macam sebab tekejut tengok perubahan wajah cikgu disebabkan penyakit dihadapi, kami salam dan peluk cikgu. Cikgu balas pelukan kami dengan linangan air mata kerasa terharu dengan kedatangan kami.
Sepanjang dirumah cikgu, cikgu luahkan segala rasa yang terbuku dihati, Sedih, mengharapkan kekuatan dari orang lain, merindukan ibu yang baru pergi setahun yang lalu dan tak sangka benda ini berlaku pada diri cikgu. Masih terngiang-ngiang ditelinga ini bila cikgu kata "Cikgu tak ada anak, kamu lah anak-anak cikgu". Meluah sambil mengalirkan air mata yang tak tertahan.
Bebarapa hari lalu, dapat berita terbaru dari kawan yang cikgu dah ditahan hospital selama dua hari dan tak sedarkan diri. Nak sangat lawat cikgu. Tapi apakan daya, saya jauh nun di utara kerana masih lagi belajar. Masa tu, hanya mampu doakan yang terbaik untuk cikgu dan hanya mampu kirimkan kekuatan melalui yang Maha Esa.
Hari ini, tepat jam 4.26petang, terima whatsapp yang cikgu dah pergi ke rahmatullah. Hanya mampu kirimkan doa, al-Fatihah dan Surah Yaasin untuk cikgu. Semoga cikgu tenang disana. 😭

Sahabat sahabat, mohon doakan untuk arwah cikgu saya. Al-Fatihah.

2 comments: