Thursday, 1 March 2018

Awan yang gelap




Terdengar pintu bilik dibuka seperti ada seseorang yang keluar daripada bilik dan membuatkan aku terjaga dari tidur. Buka mata dan capai handphone di tepi bantal. "Oh, dah pukul 5.30pagi", bisik hati. Aku lihat katil sebelah,tiada orang. Hati berbisik sekali lagi " As dah bangun. Patutlah bunyi pintu terbuka". Lalu aku bangun, ambil tuala yag bergantung dibelakang pintu dan menuju ke bilik mandi.

Selepas mandi, aku ambil telekung yang bergantung di hujung katil dan tunaikan beberapa solat sunat iaitu tahajjud, taubat dan hajat tanpa mengganggu As yang sedang khusyuk sambil duduk di atas sejadah.

Setelah selesai solat sunat, azan subuh berkumandang. Lalu aku meneruskan ibadat ku dengan menunaikan solat yang wajib.

Jam menunjukkan jam 6.45 pagi. Setelah selesai solat subuh, aku berdiri dan merenung ke luar jendela.

"Segarnya udara pagi ini", kata ku.
"Hmm", balas As.

Al-Quran diambil dan dibaca di atas katil yang empuk.

Setelah selesai membaca Al-Quran, dua mata ini melihat ke arah luar jendela. "Hmm, masih gelap lagi". Kemudian mata ini beralih ke arah jam yang berada di atas meja As. Jam tersebut menunjukkan pukul 7.00 pagi.

Aku bersuara "Eh, As. Dah pukul 7.00 pagi ni, tapi kena awan masih gelap?".
"Alaa, biasala tu. Sekarang lambat masuk waktu Subuh. Jadi, lambat lah siang", balas As dengan bersahaja.
"Oh, okey", balas ku dengan ringkas.

Selepas mendengar jawapan daripada As, kaki ini melangkah ke arah meja belajar. Buka laptop dan mainkan zikir pagi serta lagu yang mendamaikan. Khusyuk tengok laptop sampai tak sedar masa berlalu.

Sesudah sejam menghadap laptop, mata ini sekali lagi beralih arah ke luar jendela. Awan masih gelap. Jam dah menunjukkan jam 8.00 pagi.

Lalu aku bersuara "As, kenapa masih gelap lagi?".
"Sekarang dah pukul berapa?", tanya As sambil melihat kelihat luar jendela.
"Dah pukul 8.00 pagi. Should be dah siang. Nak kata jam ni salah, tak juga. Jam handphone, laptop dan jam atas meja kau tu pun semua menunjukkan jam 8.00 pagi", jawab aku dengan jelas.
"Pelik ni. Biasanya waktu macam ni dah siang", balas As.

Hati dan fikiran penuh dengan tanda tanya. Aku dan As melangkahkan kaki menuju ke arah jendela untuk memastikan suasana luar. Awan gelap, tiada matahari dan terdapat dua tiga orang pelajar dalam perjalanan menuju ke setsen bas untuk ke kelas.

Aku dan As saling berpandangan dan berfikir. Tetiba saat itu, terimbas segala kuliah-kuliah yang telah dihadiri terutama sekali tentang kiamat. Bila melihat awan yang gelap itu, hanya satu perkara yang terimbas difikiran ini. Perkara tersebut adalah tanda-tanda sebelum matahari terbit dari barat.


Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.

Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.


 
Aku dan As diam dan tak mampu berkata-kata. Tanpa berlengah masa, kaki ini pantas berjalan menuju ke bilik mandi untuk berwudhu'. Setelah itu, sambung semula membaca Al-Quran seperti biasa di atas katil yang empuk. Setiap baris ayat al-Quran aku baca dan cuba untuk fahami serta hayati maksudnya. Saat itu, aku tidak peduli lagi dengan orang sekelilig. Dalam fikiran dan hati ini hanya ingin beribadat sepuasnya sebelum pintu taubat ditutup. Puas beribadat sehingga tanpa sedar, aku terlena di atas katil yang empuk sambil memeluk Al-Quran.

Lama dibuai mimpi, tetiba terdengar suara menyebut nama ku.

"Hani, Hani, Hani, bangun! Pergi kelas. Dah pukul 10 pagi ni", suara As yang cuba untuk bangunkan aku daripada tidur.

Lalu aku bangun, dan capai handphone di tepi bantal untuk melihat jam. Kemudian, hati berbisik "laaa, aku mimpi rupanya. Astaghfirullahala'zim. Penangan tidur selepas subuh, kan dah kena sebijik oleh Allah". Sesudah itu, aku pun bangun dan bersiap untuk ke kelas.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Moral of the story:

- Jangan tidur lepas Subuh! Kalau nak sangat tidur pun, tidur laa pukul 8.00 lebih. Time matahari dah naik tinggi sikit. Hargai dan nikmati suasana pagi yang Allah berikan.

- Hidup di dunia ni perlu sentiasa beringat kepada akhirat. Setiap perkara yang kita lakukan, perlu ingat ibu bapa, ingat Allah dan yang paling penting, ingat sikit hari pembalasan nanti. Dosa dan pahala perlu dijaga.

- Banyakkan beribadat kepada Allah. Topup iman dengan amalkan ibadat sunat. Tak boleh buat semua, takpa. Tapi jangan tingal semua. Boleh pick satu amalan sunat yang kita boleh amalkan setiap hari. Contoh: Baca Al-Quran lepas solat subuh, Solat sunat, zikir, selawat and so on.


 

8 comments: